13 KESAN DAN AKIBAT ANAK-ANAK TERDEDAH KEPADA GADGET

Wow, tajuk pun dah meremang bulu roma. Betul ke gadget boleh memberikan kesan dan akibat buruk kepada anak-anak? Macam tak percaya jer kan. Anak-anak Nampak Bahagia dan gembira je bila diberikan gadget, betul tak? So, kenapa banyak sangat kaian yang menunjukkan betapa bahayanya apabila anak terlalu suka bermain dengan gadget atau lebih tepat lagi ketagih gadget?

Meh sini CikTa cerita lagi lebih lanjut. Kita semua maklum mengenai bahaya radiasi gadget terhadap otak kanak-kanak kan? Tak tahu? Tanya Encik Google, berlambak-lambak artikel yang melaporkan tentang bahaya gadget yang kita semua akan nampak sikit demi sedikit kepada anak-anak kita. Jom baca laporan dari MyNewsHub yang telah mengeluarkan artikel mengenai kesan dan akibat anak-anak yang terdedah kepada gadget. Mari kita baca lebih lanjut ya.

Meluangkan masa untuk anak-anak adalah lebih berharga daripada memberikan peranan ibu bapa itu kepada telefon pintar untuk ‘mengawasi’ anak-anak. Faham faham?

Jika dahulu sebelum zaman telefon pintar diperkenalkan, ibu ayah akan menggunakan pelbagai jenis mainan untuk ‘diamkan’ anak-anak kecil. Namun, berbeza dengan zaman sekarang. Kini, ibu ayah gemar memberikan telefon pintar ataupun tablet khas untuk anak-anak supaya tidak menganggu keadaan atau berbuat bising. Wahhh dulu sebelum ada anak, kita kata alangkah seronknya jika ada anak kecil yang membuat rumah riuh rendah kan. Tapi, bila dah ada anak, lain pula jadinya. Aduhai, apa nak jadi ni.

Bayangkan, baru beberapa bulan dilahirkan di dunia, bayi sudah didedahkan dengan telefon pintar dengan menonton video, mendengar muzik ataupun sebarang permainan. Apakah alasannya? Nak buat supaya anak diam dan tidak asyik menangis sahaja. Tak dapat tidur malam yang mencukupi. Nak makan, anak menangis. Nak mandi, anak menangis. Nak makan pn anak menangis. Sampaikan ibu ayah pun naik stress. Namun begitu, bagaimana pula tindakan memberikan gadget adalah langkah terbaik untuk dilakukan sebagai ibu ayah? Fikir-fikirkanlah.

Alasan lain ibu bapa memberi anak mereka telefon pintar adalah demi membahagiakan anak dengan memberikan dia hadiah gadget pada hari lahirnya, juga mengisi gadget tersebut dengan pelbagai jenis permainan, dan video. Bila difikirkan semula, adakah hanya hadiah gadget yang mampu membuat anak tersenyum gembira pada hari lahirnya? Jawapannya, TIDAK SAMA SEKALI.

Masih ragu-ragu samada benar atau tidak gadget mendatangkan bahaya kepada anak-anak? Baiklah, meh CikTa highlight di sini beberapa kesan dan akibat buruk gadget kepada anak-anak kita. Kalau sayangkan anak anda, baca, fahamkan dan hadamkan hingga habis. Buka hati, buka minda, sepadankan dengan apa yang berlaku keapda anak anda sekarang. Berikut adalah kesan buruk akibat penggunaan gadget terhadap bayi dan kanak-kanak.

1. Sukar tidur

Telefon pintar menbuatkan si kecil sukar tidur, kerana hampir semua layar mengeluarkan blue light yang menyerupai cahaya siang hari. Cahaya tersebut dapat mengirimkan isyarat pada otak anak dan membingungkan tubuh manusia. Pada waktu malam, anak menjadi sukar untuk tidur kerana cahaya tersebut maka adalah lebih baik membuat aktiviti membaca buku bersama-sama, atau menceritakan kisah dongeng-dongeng yang bermanfaat.

2. Kurang bergerak

Sudah menjadi kebiasaan seorang anak untuk terus bergerak, berlari, melompat, menari dan bermain untuk membantu pertumbuhan fizik yang sihat dan juga kuat. Namun anak-anak sekarang terlalu selesa bermain gadget yang sudah pasti hanya duduk diam, dan ini tentu memiliki kesan buruk buat anak. Jika berterusan, anak boleh menjadi obesiti. Oleh itu disarankan agar ibu ayaha moden lebih kerap membawa anak-anak melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola, berenang, basikal, atau kegiatan lain yang membuat mereka banyak bergerak.

3. Gangguan pada mata

Terlalu kerap menatap layar skrin menyebabkan mata jadi suram, kering dan kerap sakit kepala. Walaupun belum ada laporan rasmi layar skrin menyebabkan kerosakan mata. Disarankan mengajarkan anak untuk menjaga jarak pandangan antara mata dan juga layar, selain aturan terang dan gelapnya, jangan terlalu terang, dan suruh anak untuk beristirehat setiap 10-20 minit sekali.

4. Letih/Sakit

Terlalu lama bermain telefon pintar menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh, seperti pada bahu, leher, punggung, tangan dan jari. Ajar anak untuk beristirehat dan ajarkan juga mereka posisi duduk yang baik dan posisi gadget jangan sampai lebih tinggi dari mata. Ini mengurangi kesan pada leher kerana terlalu lama mendongak.

5. Konsentrasi jadi pendek

Terlalu lama menggunakan gadget dapat membuat seseorang sukar fokus dalam jangka waktu lama pada sesuatu. Oleh itu, disarankan berlatih tanpa terus-menerus menggunakan gadget. Ini demi kesihatan dan juga masa depan anak tercinta.

6. Kemampuan bersosial berkurang

Pengguna gadget tetap mampu untuk bersosial dengan melakukan hubungan melalui pelbagai aplikasi yang ada. Namun anak-anak juga perlu untuk memiliki kemampuan membaca emosi orang lain, caranya dengan melakukan interaksi langsung dengan bersua muka. Itu sebabnya, batasan waktu dalam penggunaan gadget adalah jalan keluar terbaik untuknya.

7. Rasa cemas yang berlebihan

Apabila anak sudah cukup besar, waspada kegiatan mereka di sosial media. Ada banyak sekali perkara yang mereka lihat, termasuk perkara yang buruk. Salah satunya adalah, berkemungkinan mereka cenderung membandingkan dirinya dengan kawan-kawan yang mereka lihat di sosial media, atau mereka sangat sibuk berusaha untuk membuat orang lain memberikan like atau komen. Sayang sekali jika usaha mereka hanya dihabiskan untuk hal tersebut.

Oleh sebab itu, peranan sebagai ibu bapa untuk mengawasi anak di sosial media jadi sangat penting, lakukan diskusi dengan anak tentang cara-cara bersosial media, seperti bagaimana menanggapi apa yang dilihatnya, jangan sampai terlalu berlebihan memberi respon, jangan juga sampai mengejek orang lain, atau menghakimi kawan-kawannya yang akhirnya menimbulkan masalah dalam hubungan berkawan. Ada baiknya membahaskan tentang beberapa hal yang harus diperhatikan sebelum menulis di sosial media dengan mereka.

8. Gangguan mental

Rasanya tidak mungkin anak-anak yang masih berusia sangat muda mampu mengalami gangguan jiwa. Tetapi, kajian menyimpulkan penggunaan teknologi yang berlebihan berpotensi menjadi penyebab depresi pada anak, kurang konsentrasi, cemas, autism, bipolar, serta perilaku bermasalah yang lain.

9. Perilaku agresif

Media komunikasi yang sekarang makin tidak terkontrol terkadang menyuguhkan aksi kekerasan yang dapat menyebabkan anak menjadi lebih agresif. Ditambah kini banyak media maupun video game yang menampilkan perilaku-perilaku tindak kekerasan fisik dan seksual. Amerika SSyarikat sendiri bahkan memasukkan bentuk kekerasan dalam media sebagai sebuah risiko kesehatan masyarakat karena pengaruh negatifnya terhadap anak-anak.

10. Jadi pelupa

Pelbagai bentuk teknologi media memproses informasi dengan sangat cepat. Akibatnya, anak terlalu cepat dalam memproses informasi, mereka malah cenderung jadi kurang fokus serta daya ingatnya menurun. Apabila anak-anak tidak dapat fokus, kesan samping pada mereka ketika belajar.

11. Jadi ketagih

Ibu bapa yang terbiasa hidup dengan gadget, membuat anak rasa tidak diperhatikan dan asyik sendiri dengan telefon pintar atau tablet. Hal tersebut menjadi kebiasaan dan mampu menimbulkan ketagihan terhadap gadget. Kajian Gentile menyatakan, 1 dari 11 anak-anak yang berusia antara 8-18 tahun mengalami ketagihan teknologi gadget.

12. Radiasi

Telefon selular mengeluarkan radiasi yang berbahaya untuk kesihatan. Anak-anak yang kerap bermain dengan gadget berisiko terdedah radiasi tersebut. Padahal, sistem kekebalan tubuh dan otak mereka sedang dalam masa pertumbuhan. Sayang seribu kali sayang…

13. Tiada masa depan

Anak-anak adalah masa depan kita, tapi tiada masa depan bagi anak-anak yang terlalu kerap menggunakan teknologi canggih, demikian diungkapkan pengkaji Cris Rowan. Menurutnya, pembelajaran menerusi gadget tidak akan bertahan lama dalam ingatan anak-anak. Oleh sebab itu, pendekatan pendidikan melalui gadget bagi anak-anak perlu untuk dibatasi.

Demikian ulasan dari laporan daripada MyNewsHub. Banyak sangat bahaya gadget jika nak dibandingkan dengan manfaat. Risiko kesihatan mental dan fizikal anak-anak juga dipertaruhkan. Kita mahukan anak-anak kita mengikuti akiran semasa? Tapi apakah kita mampu mengawal ketagihan anak-anak kita terhadap gadget? Buka hati dan minda. Fikirkan.

Sekian perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.

#anitapedia #lovechildnogadget #journeytoexcellence #kitajagaANAKkita

Leave a Comment