4 CARA BERCAKAP DENGAN ANAK SPEECH DELAY YANG IBU AYAH WAJIB TAHU!

Sejak beberapa hari ini CikTa banyak nampak posting mengenai anak yang speech delay. Tak tahulah kenapa kan. Ada yang ibu ayah sedang bersusah payah hantar anak ke terapi pertuturan. Ada juga ibu ayah yang tak tahu nak buat apa. Jadi, CikTa nak share juga mengenai perkara ini. Ada yang mengatakan speech delay ni ada kena mengena dengan anak yang obses atau ketagih dengan gadget. Alahai… kasihannya anak kecil yang belum faham apa-apa tu kan. Salah siapa?

Tak perlulah nak salahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma, sebagai ibu ayah, kita mesti cakna dengan perkembangan anak-anak kita termasuklah dari segi pertuturannya. Berkenaan hal gadget pula, ibu ayah perlulah sedar tentang bahayanya jika memberikan gadget kepada anak kecil terutamanya yang masih bayi, lebih-lebih lagi tanpa sebarang kawalan dan pengawasan masa yang betul. Bila difikirkan semula, apakah keperluannya untuk memberikan gadget kepada anak yang masih kecil, sedangkan banyak lagi sumber bermain mahupun pembelajaran lain yang lebih selamat dan juga efektif. Ramai anak-anak di luar sana yang telah pun membesar dengan cemerlang meskipun tanpa penggunaan gadget.

Baiklah, mari kita tengok apakah yang dikongsi oleh ibu ini di mana anaknya mengalami speech delay  disebabkan obses terhadap gadget. Artikel diterbitkan oleh SirapLimau tentang bagaimana anak ibu ini mempunyai masalah speech delay. Beliau telah berkongsi pengalaman beliau semasa membawa anaknya ke Klinik ORL untuk appointment dengan speech therapist. Katanya;

Anak korang lambat bercakap tak? Perhati anak korang, seawal umur 2 tahun sepatutnya dia dah boleh sebut 1-2 patah perkataan yg bermaksud. Contoh : “Maa, nak mamam, air, susu, cow, cat” dan lain-lain. Ni pemandangan pagi tadi dekat Klinik ORL masa cikda bawa Iman untuk appointment dengan speech therapist.

Ramai sangat orang dan kanak-kanak pun ramai menunggu giliran masing-masing bersama ibu/ayah. Ade yg berlari-lari, ada yang duduk saja di kerusi memegang gadjet, senyap, kusyuk.

“Ye, nak bagi anak diam, behave, sua je dengan gadjet. Bukak youtube nanti senyap laa.”

PENYUMBANG TERBANTUTNYA PERKEMBANGAN OTAK

Dulu cikda pun gini. Tapi bila cikda sendiri rasa kesan akibat gadjet ni, cikda sendiri serik. Anak cikda dulu akan mengamuk dan tantrum bila hp habis bateri, hp takde internet, internet slow, naik kereta nak hp, tidur pun nak hp, tak makan takpe janji ade hp, Serius rasa teruk sangat dah waktu tu. Lagipun semua orang tahu gadjet ni tak elok untuk perkembangan anak-anak lagi-lagi bila tanpa kawalan dan pengawasan dari ibubapa.

Therapist iman dulu ada kata, gadjet ni pun ada menyumbang kepada terbantutnya perkembangan otak, social skills dan komunikasi. Dia jadi tak fokus, tak menyahut bila dipanggil, tantrum, takde eye contact dan yang paling penting sekali ialah SPEECH DELAY. Macam iman, dia boleh bercakap, menyanyi, mengaji, TAPI dia lebih kepada mengulang apa yg dia dengar di youtube atau tv.

PUNCA KEPADA SPEECH DELAY

Dulu dia langsung takde komunikasi 2 hala. Takde bercerita, takde bersoal jawab. Bila dengar dia pandai baca ABC, 123, alif baa taa, cikda rasa WAHHHH ANAK AKU BIJAK!! Padahal iman bermasalah dari segi komunikasi. Dan alhamdulillah masalah speech iman dan bertambah baik sejak gi terapi.

Tapi tak boleh nak harap pada terapi je, ibu ayah pun memainkan peranan yang besar jugak. Sentiasa bercakap dengan dia. Dia tak jawab tak ape, cakap je. Insya’Allah lama-lama nanti bercakaplah dia..

Dan yg paling penting sekali, had kan penggunaan gadjet. Bukan tak boleh bagi, tapi awasi anak-anak. Cikda pun bagi lagi tapi tak sampai setengah jam. Cukup masa cikda ambik balik hp, nak nangis nangislah sana. Jangan nanti kita yg nangis menyesal bila anak tak pandai bercakap.

Tambahan : cerita di atas berdasarkan apa yg cikda alami, pengalaman cikda sendiri. Lain orang lain anak lain tumbesaran. Jangan kerana anak korang bijak walaupun ber’gadjet, so korang nak pukul rata. Isu yg cikda nak highlight kt atas tu ialah peranan ibubapa sendiri yg tak pantau anak bermain gadjet. Baca slow2 entri di atas, jangan lorat sangat nak baca sebab lorat nak komen.

Dan berikut adalah panduan untuk mengenalpasti kosa kata yang sesuai untuk anak anda mengikut tahap umur:

1. Kanak-kanak berumur 18 bulan sepatutnya sudah boleh menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

2. Kanak-kanak berumur 24 bulan sepatutnya sudah boleh menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2 patah perkataan yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

3. Kanak-kanak berumur 36 bulan pula sepatutnya sudah boleh menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”, dan ”mana?” yang mudah.

Apakah tips untuk bercakap dengan anak yang speech delay?

Menurut Majalah PaMa, kita Cuma perlu bercakap dan berbual dengan anak seolah anak tersebut memang boleh bercakap dengan kita secara normal. Gunakan sahaja bahasa dan cara bercakap yang natural, Cuma control dari segi penggunaan ayat sahaja. Gunakan ayat yang simple dan mudah supaya anak senang ingat dan faham. Apabila anak faham, barulah dia boleh menggunakan ayat dengan betul pada situasi yang betul.

Ibu ayah juga tak perlu menggunakan bahasa baku, bahasa buku, bahasa penulisan, bahasa surat, bahasa Sanskrit, mahupun bahasa-bahasa lain. Gunakan sahaja bahasa yang kita biasa gunakan seharian. Yang penting, kita kena rajin berbual dengan anak, berikan peluang untuk anak bercakap dan just have fun.  Jangan buat anak stress dengan sebarang paksaan. Relax and chill ye ibu ayah.

Semasa berbual dengan anak, gunakan bahasa yang simple, dan pendek-pendek, bertujuan supaya anak senang untuk dengar, pick up satu persatu, faham dan ingat setiap suku kata yang dipelajarinya. Jangan bercakap seperti keretapi sebab anak akan keliru dan sukar untuk faham apa yang kita cuba perkatakan. Perlahankan kadar kelajuan bercakap dan bukan perlahankan suara anda ye.

Apabila ibu ayah berbual dengan anak, gunakan intonasi yang menarik dan bukan mendatar sahaja. Ia bukan sahaja boleh menarik minat anak untuk mendengar dan bercakap, malahan anak lebih mudah faham dan ingat.

Ibu ayah juga boleh tunjukkan perkataan yang kita sebut dengan menggunakan objek/ gambar/ gesture/ aksi. Contohnya, jika sebut bola, kita tunjukkan objek bola, jika sebut sejuk, kita buat aksi sejuk, jika sebut besar, buat gesture besar. Jadi, anak boleh kaitkan apa yang dia dengar dan apa yang dia nampak. Faham faham?

CikTa harap artikel ini dapat membantu ibu ayah yang mungkin sedang berhadapan dengan situasi yang tertekan kerana mendapati anak sudah mempunyai tanda-tanda speech delay. Jika anda mengenali sesiapa yang sedang cuba memperbaiki tahap pertuturan anak mereka, boleh kongsikan artikel ini ya.

Sekian entri kali ini. Ingat, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

#anitapedia #lovechildnogadget #kitajagaANAKkita #journeytoexcellence

Leave a Comment