5 Komplikasi Tekanan Darah Tinggi/Hipertensi Dan Pendekatan Semulajadi Merawatinya

Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi sehingga mendapat preskripsi doktor supaya mengambil ubatan secara tetap? Pernahkah anda berasa sakit dada secara tiba-tiba di bahagian kiri dan sesak nafas semasa stress? Ataupun, anda berasa sakit di bahagian kiri bahu, atau bahagian dalam tangan kiri?

Anda berkemungkinan tinggi mempunyai komplikasi daripada hipertensi.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi mungkin berlaku terhadap 90 peratus orang, di mana tiada punca tunggal yang dikenal pasti. Mereka digambarkan sebagai mempunyai hipertensi kelas utama. Untuk 10 peratus lagi, satu punca yang dapat dikenal pasti ditemui – orang-orang ini dirujuk sebagai mempunyai tekanan darah tinggi kelas kedua.


Apakah itu tekanan darah?

Untuk berfungsi, semua tisu dan organ dalam tubuh anda memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang berterusan. Ini dibekalkan oleh darah anda, yang dipam oleh jantung anda melalui rangkaian arteri dan urat yang kompleks. Tekanan di mana darah anda melalui arteri anda adalah sangat penting.

Sekiranya terlalu tinggi, ia boleh merosakkan atau memecahkan saluran darah, atau mengakibatkan pendarahan di dalam otak. Dalam jangka panjang ia boleh merosakkan organ anda. Jika tekanan darah terlalu rendah, darah tidak cukup – dan oleh itu tidak cukup oksigen dan nutrien – mencapai tisu dan organ tubuh anda. Jika anda pernah mengalami tekanan darah rendah akibat berdiri dengan tiba-tiba, anda akan tahu bahawa gejala utama adalah terasa seperti pengsan. Ini kerana tekanan darah di arteri anda terlalu rendah untuk membawa oksigen yang mencukupi ke otak anda.

Apakah itu hipertensi?

Hipertensi ialah terma perubatan untuk tekanan darah tinggi. Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan darah anda adalah tinggi pada setiap masa – walaupun semasa anda sedang berehat. Orang mungkin tertanya-tanya jika kata-kata hiper dan ketegangan membayangkan personaliti yang gementar, hiper atau tegang. Jawapannya adalah TIDAK: hipertensi merujuk kepada tekanan darah tinggi dan bukannya personaliti seseorang yang baran.

Hipertensi boleh menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan jangka panjang jika anda tidak membuat perubahan pada diet dan gaya hidup anda, atau menguruskannya dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor anda.


Apakah simptom-simptom hipertensi?

Hipertensi pada umumnya berlaku secara senyap. Ramai orang tidak akan mengalami apa-apa gejala atau simptom. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun, bahkan beberapa dekad untuk mencapai tahap yang teruk sehingga simptom menjadi jelas. Walaupun begitu, simptom ini mungkin dikaitkan dengan isu-isu lain sebagai komplikasi hipertensi. Simptom hipertensi teruk termasuk:

  • sakit kepala
  • sesak nafas
  • hidung berdarah
  • pening
  • sakit dada
  • perubahan visual
  • darah dalam air kencing

Komplikasi disebabkan oleh hipertensi

Hipertensi perlu dirawat ke jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mendatangkan penyakit yang mengancam nyawa seperti masalah buah pinggang, penyakit mata, penyakit jantung koronari, strok, dan juga penyakit vaskular periferal. Walaupun anda belum mempunyai komplikasi-komplikasi ini, anda perlulah mengambil tahu mengenainya sebagai pengetahuan am.

1. Masalah buah pinggang

Fungsi buah pinggang adalah sebagai penapis kepada darah dan juga untuk membersihkan badan anda daripada sisa makanan dalam bentuk air kencing. Buah pinggang juga mengekalkan kandungan cecair dan garam yang sihat di dalam badan. Dalam jangka masa panjang, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada pengerasan dan pembengkakan arteri yang disalurkan kepada buah pinggang. Ia juga boleh merosakkan pembuluh darah kecil di dalam buah pinggang. Akibatnya, buah pinggang menerima bekalan darah yang tidak baik dan mereka boleh:

  • mula mengecut (atrofi)
  • berfungsi kurang baik dan kurang menghasilkan air kencing
  • protein bocor ke dalam air kencing (ia adalah petanda awal penting masalah buah pinggang) 

Kerosakan buah pinggang selalunya tiada simptom. Tetapi, pada masa anda mula mengalami simptom – seperti pergelangan kaki bengkak, sesak nafas, gatal-gatal kulit dan loya – buah pinggang anda telah pun hilang fungsi pentingnya iaitu kebolehan untuk menapis. Pada masa ini, anda akan kehilangan protein anda ke dalam air kencing. Sekiranya kerosakan berterusan, buah pinggang anda akan semakin kurang menghasilkan air kencing, sisa makanan dan cecair akan kekal di dalam badan anda. Simptom lewat penyakit buah pinggang termasuklah abdomen, muka dan anggota badan yang membengkak, turun berat badan, muntah-muntah, dan keletihan yang teruk.

2. Penyakit mata

Lama kelamaan, hipertensi boleh merosakkan pembuluh darah kecil di dalam retina di belakang mata. Ia dikenali sebagai retinopati hipertensi. Pada peringkat awal, kadar penglihatan tidak terjejas. Akan tetapi, pada peringkat seterusnya, kadar penglihatan akan berkurangan dan untuk kes-kes yang teruk, anda akan berkemungkinan kehilangan sebahagian ataupun seluruh kemampuan melihat. 

Perubahan retina terbahagi kepada beberapa tahap iaitu:

  • Gred satu: tekanan arteri retina kelihatan menebal dan membonjol
  • Gred dua: arteri akan memampatkan vena di mana mereka bertembung
  • Gred tiga: arteri akan mengeluarkan darah dan cecair (hipertensi perlu dikawal serta-merta jika telah mencapai tahap ini)
  • Gred empat: saraf optik membengkak dan menggelembung
3. Penyakit jantung koronari

Dari masa ke masa, tekanan darah tinggi dapat mempercepatkan perkembangan keadaan yang disebut aterosklerosis di mana arteri menjadi keras, dan sempit dengan deposit lemak yang dikenali sebagai asteroma. Sekiranya arteri koronari anda disebabkan oleh atherosclerosis, aliran darah ke jantung anda adalah kurang efisien. Jika kerosakan berterusan, jantung anda mungkin akan kekurang bekalan oksigen dan akan menyebabkan simptom penyakit jantung koronari seperti berikut:

  • angina: merujuk kepada sensasi sakit atau tekanan di dada anda yang datang dan pergi yang berlaku apabila anda stress.
  • serangan sakit jantung
  • kegagalan jantung
4. Strok

Jika atherosclerosis memberi kesan terhadap kadar aliran darah kepada otak anda, anda mempunyai risiko darah beku, atau kebocoran darah ke dalam otak (berpunca dari saluran darah yang pecah). Jika ini berlaku, anda akan terkena strok. Simptom strok bergantung kepada bahagian mana di dalam otak anda yang telah rosak. Penglihatan anda, percakapan, memori, pendengaran, pergerakan ataupun keseimbangan badan mungkin terlibat semasa strok.

5. Penyakit vaskular periferal

Penyakit ini biasanya berlaku apabila arteri di kaki dan tangan menjadi sempit kerana deposit lemak yang menyekat aliran darah. Oleh kerana darah tidak boleh melaluinya, otot kaki anda akan cenderung untuk kejang, terutamanya ketika aktiviti fizikal di mana keperluan darah dan oksigen meningkat.

Dalam kes  yang serius, walaupun hanya berjalan kai di jalan yang rata pn boleh menyebabkan kekejangan. Kes yang lebih serius lagi, dengan hanya duduk pun boleh mendapat rasa sakit. risiko yang leboh tinggi untuk mendapat penyakit ini adalah apabila anda hipertensi, perokok, dan/atau diabetis.


Pendekatan kesihatan secara semula jadi

Terdapat beberapa pendekatan kesihatan secara semulajadi yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Terdapat 3 pendekatan yang boleh digunakan iaitu:

1. Pendekatan komplimentari

Sekiranya anda hanya mengalami hipertensi peringkat awal dan masih belum memerlukan ubat-ubatan tekanan darah tinggi, pendekatan komplimentari boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Pendekatan yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

  • Aromaterapi
  • Naturopati
  • Herba
  • Homeopati
  • Refleksologi
  • Akupuntur
  • Yoga
  • Qigong
  • Meditasi
2. Pendekatan nutrisi

Pendekatan ini adalah lebih mudah dan senang dilakukan kerana ianya melibatkan diet pemakanan. Caranya mudah sahaja iaitu:

  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran
  • Makan lemak baik
  • Mengurangkan pengambilan garam dalam makanan
  • Mengikut diet rendah glisemik
  • Superfood untuk hipertensi
  • Supplemen untuk hipertensi
3. Pendekatan cara hidup

Cara hidup setiap individu adalah berbeza dan boleh mempengaruhi tahap kesihatan dan ada yang boleh menyebabkan mudah untuk terkena hipertensi. Di antara cara hidup yang dimaksudkan ialah samada anda perokok tegar, peminum kafein yang kerap, peminum alkohol dan sebagainya. Maka, di sini bolehlah anda ubah cara hidup anda melalui:

  • Mengurangkan pengambilan kafein seharian
  • Berhenti merokok
  • Menghentikan tabiat meminum minuman keras
  • Mengatasi stress secara sihat
  • Melakukan aktiviti senaman
  • Mengekalkan berat badan yang ideal

Terdapat juga produk-produk kesihatan yang dirumus khas menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mendapatkan hormon tenang. Tasneem Naturel telah menghasilkan balm Calm Time di mana ianya mengandungi pelbagai minyak pati seperti lavender, naval orange, tangerine, geranium, marjoram, frankinsence, bergamot dan chamomile.

Tangerine mempunyai khasiat yang amat baik dalam mengekalkan paras tekanan darah secara normal. Kandungan potassium tangerine boleh mengurangkan risiko serangan jantung dengan mencegah tekanan darah tinggi. Manakala bergamot pula mempunyai khasiat untuk mengurangkan rasa sakit emosional, berfungsi sebagai antidepresan yang kuat, dan mampu mengurangi ketegangan saraf dan perasaan stress.

Sekiranya anda mendapati artikel ini boleh membantu orang lain, sila tekan butang share. Sharing is Caring!!!


Sumber rujukan: (1) Sarah, B. Natural Health (2013). Overcoming High Blood Pressure: The Complete Complementary Health Program. (2) Holland, K. Healthline (2018). Everything You Need to Know About High Blood Pressure (Hypertension).

Leave a Comment