ANAK SPEECH DELAY. APAKAH PUNCANYA?

Anda adalah ibu bapa prihatin yang sentiasa cakna dengan perkembangan anak kesayangan anda?

Anak anda ada menunjukkan tanda-tanda mengalami speech delay?

Anak anda terjebak dan obses dengan gadget?

Adakah gadget juga antara penyumbang kepada speech delay?

Pelbagai persoalan yang sentiasa bermain di dalam fikiran ibu ayah apabila mengesyaki anak sedang mengalami masalah speech delay. Sebelum kita bentangkan lebih lanjut laporan-laporan yang memberikan maklumat mengenai speech delay, jom ketahui terlebih dahulu apakah itu speech delay?

Apa itu speech delay?

Menurut hellodoktor.com, speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi. Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka.

Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan. Hellodoktor.com mengatakan bahawa sebelum terburu-buru cemas dan syak anak anda speech delay, adalah lebih baik untuk kenali 14 tanda ini dulu sebelum bawa anak ke pakar.

Apabila sudah berusia 12 bulan, anak anda sepatutnya sudah boleh dan pandai melakukan perkara berikut:

  1. Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka 

Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, anda perlu perhatikan tanda-tanda kelewatan bercakap jika anak anda:

  1. Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’
  2. Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’
  3. Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan
  4. Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan

Pada usia 2 hingga 4 tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan: 

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

Apakah punca untuk masalah kelewatan bercakap?

Terdapat beberapa punca kelewatan bercakap yang jarang-jarang berlaku yang berkait rapat dengan masalah perkembangan mulut seperti:

  1. Sumbing bibir
  2. Lelangit rekah (cleft palate)
  3. Kecacatan frenulum atau bibir

Pendengaran. Memandangkan pendengaran juga penting untuk mengajuk bunyi, gangguan pendengaran juga boleh menyebabkan berlakunya kelewatan bercakap. Gangguan pendengaran boleh disebabkan oleh kerosakan saraf kongenital, masalah pendengaran konduktif dan juga jangkitan telinga.

Saraf oral-motor. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah saraf oral-motor. Masalah ini merujuk kepada disfungsi saraf pada bahagian otak yang mencetuskan ucapan dan juga bahagian yang mengawal pergerakan mulut dan lidah.

Psikososial. Akhir sekali, terdapat juga kemungkinan untuk masalah pertuturan mereka disebabkan oleh isu-isu psikososial seperti:

  1. Masalah dengan pengasuh atau dengan persekitaran mereka.
  2. Ketagihan terhadap rangsangan visual melalui paparan skrin.
  3. Kurang perhatian (tidak meluangkan masa yang cukup untuk bercakap dengan orang dewasa)
  4. Selective mutism (si manja memang tidak ingin bercakap) 

Apa yang perlu ibu bapa lakukan?

Menurut hellodoktor.com lagi, pengurangan dalam tindak balas terhadap rangsangan bahasa, bacaan dan juga skil pembelajaran adalah kesan sampingan lazim untuk kanak-kanak yang dibiar tidak dirawat.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan. Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap. Melalui ujian saringan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat menentukan diagnosis dan juga berapa teruk keadaan anak anda.

Peranan ahli perubatan lain seperti ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan dan juga pakar perkembangan kanak-kanak juga turut dimainkan bagi merawat kanak-kanak yang menghidap speech delay

Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera. Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.

Ada ke pandangan dari pihak pendidikan?

Di dalam penulisan oleh thevocket.com (2017), menurut seorang Pengetua Tadika ini, katanya;

“Mak ayah sibuk kerja, anak beri bibik atau pengasuh. Balik pun sibuk dengan gajet. Anak masih sensiro dengan mainannya. Memanjat dan berlari tanpa interaksi mak ayah, rasa-rasa bagaimana?”

Ibu ayah perlu fahami apa yang sepatutnya dilakukan demi perkembangan dan tumbesaran anak-anak:

1. Umur 0 -3 tahun: Banyakkan interaksi dan komunikasi, sentuh anak, gendong anak, bermain dengan anak, biarkan anak bermain, merangkak, berlari, memanjat, membaling, menyepak dan sebagainya.

2. Umur 4 ke atas: Beri pendedahan untuk playgroup, atau tadika. Belajar rutin, kenal guru, sosial dengan kawan, belajar berkongsi, belajar dalam keadaan fun dan sebagainya.

Beberapa Faktor Anak Speech Delay Menurut Pengetua Tadika Ini

1. Mak ayah sangat kurang bercakap dengan anak mereka. Tiada rangsangan bahasa. Mereka kurang dengar orang bercakap.

2. Anak diberikan terlalu banyak pendedahan terhadap gajet. Bayi lagi dah menghadap telefon. Tiada kawalan. Bawah 2 tahun sepatutnya banyakkan direct touch, direct interaction.

3. Anak tidak diberikan ruang dan peluang yang secukupnya untuk meneroka dunianya. Anak tidak dibawa ke taman permainan misalnya. Tak pijak rumput, tak main tanah. Adakah sebab anak 24 jam hadap flashcards?

Dan, ada beberapa lagi faktor lain.

Bagaimana nak tahu anak ikut track ke tidak dalam perkembangannya?

Jangan miss jumpa doktor sekurang-kurangnya sehingga umur 2 tahun. Dalam buku pink ada ditulis tahap perkembangan anak. Nurse dan doktor boleh detect awal jika anak ada masalah.

Sekian entri buat kali ini. Semoga bermanfaat.

#anitapedia #lovechildnogadget #kitajagaANAKkita #journeytoexcellence

Kredit kepada hellodoktor.com dan thevocket.com.

Leave a Comment