Selalunya CikTa berkongsi mengenai kesan dan akibat buruk anak-anak ketagih gadget atau game kan. Hari ini CikTa nak share pula bagaimana jika yang ketagih gadget/game itu adalah ibu ayah? Tak mendatangkan apa-apa akibat buruk di kemudian hari?
.
Baiklah, mula-mula sekali, tanya diri anda soalan ini. Sudah Cukupkah Masa Kita Luangkan Bersama Anak-anak? Atau kita terlalu sibuk? Sibuk dengan apa?
.
Kerja di pejabat?
Kerja di rumah?
Melayan wasap kawan-kawan?
Bermain game berjam-jam?
.
Alasannya? Dah seharian bekerja, bila dah balik rumah nak berehat pula. Masa bersama anak-anak macam mana? Sedarkah kita, anak-anak belajar dari kelakuan dan tabiat kita? Dan, sebenarnya kita tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak.
.
Realiti yang dikongsikan Akhtar Syamir dalam Mingguan Wanita, tentang suami-suami atau isteri-isteri kaki game; jasad ada di depan mata anak tapi bagaikan tak bernyawa.
.
Bila di rumah, anak – anak perlukan perhatian, bantuan kerja sekolah atau sekadar bermanja, anda menjadi rimas dan terganggu. Semuanya kalau boleh tangguhkan, “nanti – nantilah ayah/ibu tengok, ayah/ibu sibuk ni”. Padahal sibuk dengan game.
.
Bayangkan.
Jika nanti apabila anak dah besar, dan anda dah tua, anda pula perlukan perhatian anak-anak, tapi anak berkata, “kejaplah, nantilah ayah, ibu, adik tengah sibuk ni-walhal dalam tangan sedang pegang phone main game”, apa pula perasaan anda waktu itu? Gembira? Menyesal?
.
Kita semua ada 24 jam di dalam sehari. Seorang yang normal memerlukan 8 jam untuk mendapat tidur yang cukup. Baki 16 jam akan ditolak lagi sebanyak 9 bekerja dan 1 jam perjalanan pergi balik ke tempat kerja (lebih kurang). Pada penghujung hari, tinggallah 6 jam untuk membuat perkara lain dan bersama keluarga.
.
Di sini datangnya masalah. Masa yang tinggal itu akan direbut dan ditagih oleh ahli keluarga. Tetapi bagaimana pula kalau masa itu juga dihabiskan dengan bermain game?
.
Seringkali penggemar game akan sentiasa mengeluh tentang tiadanya masa yang cukup untuk diri sendiri. Mereka juga akan menegaskan yang mereka juga ada hobi dan bermain game inilah hobi mereka. Jadi, keluarga dan anak – anak wajib faham dan beri ruang yang secukupnya.
.
Tak sedar lagi? Baca semula perenggan di atas dan sedarlah yang anda dah letak game itu lebih tinggi dari keluarga. Masa dengan keluarga tidak akan kembali. Jika anda terlepas masa itu, jangan harap anda akan dapatkannya semula.
.
Perkongsian tentang perlunya kita meluangkan masa bersama anak-anak telah dikongsikan oleh Adlil Rajiah dalam Nona.
.
“Hakikat yang kita selalu lupa, anak-anak ‘ada’ dengan kita 12 tahun je. Lepas 12 tahun, mereka mula lebih fokus kepada kawan-kawan. Lepas tu dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja. Tak lama lepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak-anak mereka sendiri pula.
.
Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah. Tak percaya? Tengok diri kita sendiri sebagai anak. Tengok kat mana keutamaan ibu bapa kita dalam urusan hidup kita hari ini. Macam mana ‘jarak’ kita dengan ibu bapa kita bila kita semakin dewasa.
.
Of course, we never hate them. We still love them unconditionally. They’re still the king and the queen of our life. Of course. Tapi secara hakikatnya kita tak lagi letakkan mereka nombor 1 dalam banyak perkara. Why? Circumstances – Life cycle – Work demands – Bla bla bla.
.
Ini lah lumrah yang kita sedang lupa. Bila dah ada anak sendiri, kita lupa, mereka juga akan ‘tinggalkan’ kita satu hari nanti. 12 tahun itu tak lama. Sebelum keadaan memaksa anak-anak untuk lebih mengutamakan kawan-kawan, pasangan, keluarga, kerja, instead of kita ibu bapa mereka. Adakah kita dah sehabis baik memanfaatkan masa yang ada bersama mereka sekarang ni?
.
Soon, they’ll surely leave. Sepanjang 12 tahun anak-anak letakkan kita nombor 1 dalam hati mereka, adakah kita juga letakkan mereka nombor 1 dalam hati kita? Satu hari nanti, bila anak-anak dah dewasa, dah sibuk kejar cita-cita, dah kahwin, kita akan bangun tidur tanpa mereka di sisi. Dan masa tu kita akan bertanya sendiri.
.
Have I played with them enough? Have I enjoyed the opportunity to be a part of their lives?
.
Itu sebab penting untuk kita bina jambatan yang kuat dengan anak pada 12 tahun pertama. Because research shows that anak-anak yang rapat dengan ibu bapa sepanjang 12 tahun pertama akan sentiasa rapat dengan ibu bapa mereka sampai bila-bila walau sejauh mana pun mereka terbang.
.
So, tanya pada diri anda soalan ni.
.
Penting sangatkah mengutamakan melayan wasap kawan-kawan semasa berada di rumah, selepas seharian bekerja?
.
Penting sangatkah bermain game berjam-jam berbanding bermain dengan anak-anak?
.
Adakah anda gembira jika anak anda juga memperlakukan perkara yang sama kepada anda nanti semasa anda sudah tua?
.
Ingat, masa adalah sangat berharga dan anak-anak belajar melalui teladan. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Berubah sekarang sebelum terlambat kerana masa tidak boleh diulang kembali seperti siaran Astro. Ingat tu!
#anitapedia #apediaciktalifestory #journeytoexcellence #lovechildnogadget