CORETAN SEORANG HAMBA USELESS MENUJU KEJAYAAN

Alhamdulillah.. terima kasih Allah kerana gerakkan hati ini supaya terus bertindak dan menyahut seruan untuk join IMKK 1957, permulaan kepada sebuah kejayaan, InshaAllah 

Masa kelas IMKK 1957, kebetulan berada di kampung. Sesi mengenang kesilapan, kesalahan, terlihat susuk tubuh abah, dah tua, tapi masih membanting tulang bekerja, buat sendiri rumah yang masih belum siap sepenuhnya, sedikit demi sedikit. Mak pulak, masih lagi bangun awal pagi, ketung ketang di dapur, untuk suami, anak, cucu…setiap hari mengurut kaki, sakit sana sini…Allah…menitik airmata, useless nya diriku…

Tersentuh dengan ELMU yang diberikan oleh Doc membuatkan saya terus tanpa teragak-agak, tanpa segan silu, mendaftar dalam program MM yang dirancang untuk 10 hari, secara berperingkat, bermula hari Jumaat, tanggal 11 September 2020 – Zero to Million Part 1. Demi mengubah hidup keluarga, berbakti kepada mak abah…

Meskipun banyak sungguh biawak2 berkeliaran dalam kepala, dalam telinga, kiri kanan atas bawah, saya pejamkan mata, tutup telinga, tarik nafas dalam2, tahan, dan lepaskan. Dengan harapan, semuanya berlalu seperti:

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu…

Siapa tahu lagu ni maksudnya anda sudah kategori TUA. Hahahahahaha

Baru selesai merumuskan points penting, list tindakan yang perlu diambil segera, moga tiada satu pun yang tertinggal, moga berjalan lancar dengan jayanya. Aamiin Ya Allah Ya Mujib🤲🏻

Hari ini, hari terakhir kelas virtual yang penuh dengan elmu ini, satu point yang dari dulu rupanya sudah Allah sematkan dalam hati, akan tetapi, tanpa tindakan lanjut, berlegar-legar di minda iaitu BRANDING.

Doa tadi ada terselit, Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk memilih nama@alias terbaik  sebagai pemacu perjuanganku ini. Terdapat satu nama yang sangat saya gemar dan sukai, mempunyai makna dan tujuan, Alhamdulillah, pada saat ini Allah telah terangkan dalam hati sebagai pilihan nama BRAND.

Terima kasih Doc untuk elmu yang sangat berharga. Moga Allah telah sediakan Syurga Firdausi untuk Doc, untuk ibu yang melahirkan insan yang mempunyai value yang sangat tinggi kepada orang lain dan juga Team Richworks yang banyak membantu.

Oh ya, terima kasih Doc sudi selfie dgn saya

***What’s next?
Sahabat, jika ada yang sudi, boleh kongsikan apa langkah sepatutnya terus dibuat terlebih dahulu.

Register SSM? Copyright brand?
Harap ada yang dapat share di sini. Terima kasih daun keladi, hanya Allah swt yang dapat balas ketulusan budi.

Be successful. Be humble.
#ZeroToMillion2020
#storyrichworks
#iloverichworks

1 thought on “CORETAN SEORANG HAMBA USELESS MENUJU KEJAYAAN”

  1. Recent updates as of 14/9/2020;
    1. BRAND name choosed.
    2. Registered in SSM (awaiting for approval).

    Soon to be done;
    1. Open a banking Business Account for business purpose.
    2. Order Business Plate and Bunting.
    3. Find outlet as distribution channel.

Leave a Comment