Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan beberapa kes virus terbaru iaitu Coronavirus yang bermula dari Wuhan, China. Ia telah merebak ke serata dunia termasuklah Filipina, Thailand dan beberapa negara lain.
Pada 25 Januari 2020, 3 (TIGA) kes disahkan dilaporkan di Malaysia sebagai kes pertama, kemudian 1 (SATU) kes lagi disahkan oleh 2019-nCoV. Semua yang diuji positif melibatkan warga China dari Wuhan, yang tiba di Johor Baru pada 22 Januari dengan bas dari Singapura. Pada 29 Januari pula dilaporkan 3 (TIGA) lagi kes melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi, lelaki berusia 52 tahun di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru dan seorang wanita di Sungai Hospital Buloh. Kesemua mangsa ialah warga China.
Bagaimana Coronavirus merebak?
Gambarajah di atas adalah kronologi bagaimana virus ini merebak. Ia akan bermula dari seseorang individu yang telah dijangkiti virus tersebut bersin/batuk, di mana airliur pesakit tersebut mengenai mata, hidung atau mulut seseorang individu lain yang sihat. Jadi, sekiranya anda berada di sekitar individu yang dengan jelas batuk/ bersin/sakit, anda sepatutnya memilih untuk menjarakkan kedudukan anda dengan individu tersebut sekurang-kurangnya 0.5 meter hingga 2 meter untuk mendapatkan jarak yang selamat. Ia dapat membantu anda mengelak dari terkena cecair liur individu tersebut yang berkemungkinan telah dijangkiti virus ini. Atau, jika anda ada membawa topeng muka, anda boleh memberikan kepada individu tersebut supaya mereka tidak menjangkiti orang lain.
Anda juga perlu mengelakkan daripada pergi ke tempat yang sesak kerana anda tidak tahu individu mana yang telah dijangkiti atau sakit. Ini adalah kerana, terdapat sebilangan individu yang telah dijangkiti virus ini tetapi tidak mempunyai simptom sakit. Manakala, berkemungkinan individu yang memakai topeng muka adalah bertujuan sebagai langkah awal mencegah diri mereka daripada dijangkiti virus tersebut. Jadi, anda boleh faham bagaimana virus ini boleh merebak dan menjangkiti anda tanpa anda sedari bukan? Sebaiknya elakkan sahaja dari berada di kawasan yang sesak seperti mall, panggung wayang, pengangkutan awam seperti bas, tren dan sebagainya.
Situasi lain pula adalah, walaupun anda telah memakai topeng muka, anda masih berkungkinan untuk dijangkiti virus ini. Bagaimana? Ia adalah melalui sentuhan dengan barang-barang atau sesuatu benda yang telah terkena air liur pesakit yang telah dijangkiti. Contohnya, pesakit batuk atau bersin di telapak tangan mereka, kemudian, mereka menyentuh objek seperti pemegang pintu, pemegang tali keselamatan di dalam tren, pen, peralatan elektronik, tisu, butang lif, pemegang selusur tangga, dan banyak lagi yang kita tidak boleh bayangkan. Sekiranya anda menyentuh objek-objek ini yang telah terkena air liur tersebut, kemudian anda menggosok mata, menyentuh muka anda mahupun anak-anak anda, maka anda semua berisiko dijangkiti.
Itulah sebabnya ia juga baik untuk mengikuti langkah berjaga-jaga ini
Adakah anda tahu bahawa virus akan bertahan di permukaan objek yang telah dicemari selama 24 jam? Dan, cara terbaik untuk menghapuskannya ialah membasuh/mencuci dengan sabun. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh anda lakukan:
- Jangan sentuh muka anda atau muka orang lain, tidak kira sesiapa pun, terutamanya ahli keluarga anda. Sekiranya perlu dan anda mahu menyentuh muka mereka, pastikan anda mencuci tangan anda dengan teliti terlebih dahulu. Area tangan mestilah dari hujung jari sehingga siku anda.
- Cuci tangan anda dengan teliti. Apakah maksud dengan teliti? is bermaksud mencuci belakang tangan anda, celahan jari jemari, bawah kuku, selama 20 saat. Ia adalah tempoh yang cukup panjang untuk anda menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.
- Buang topeng muka yang telah digunakan setiap hari. Jangan gunakan semula topeng muka yang telah digunakan kerana ia telah memerangkap virus sepanjang hari itu. Semasa menanggalkan topeng muka, sebolehnya, jangan sentuh kedua bahagian topeng muka tersebut. Jika tersentuh, maka anda perlulah mencuci tangan anda dengan teliti.
- Jangan berkongsi makanan, sudu dan garfu, cawan, pinggan mangkuk, dan juga tuala. Sediakan setiap orang peralatan makan sendiri.
- Cuci tangan anda dengan sabun sebelum anda makan dan juga setiapkali selepas berada di luar rumah. Ini adalah untuk mencegah sebarang virus masuk ke dalam sistem badan anda.
Begitulah serba sedikit perkongsian untuk bersama-sama mencegah virus ini dari terus merebak. Pastikan anda kongsikan maklumat ini kepada orang-orang yang anda kenali terutamanya ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan lain-lain. Ingatlah, jika sesiapa pun di antara mereka telah dijangkiti, maka anda juga akan mempunyai risiko untuk turut dijangkiti virus ini.
Sumber rujukan: (1) Rosenthal, E. New York Times (2020). How to avoid the coronavirus? Wash your hands. (2) Garret, L. Foreign Policy, Report (2020). The Wuhan Virus: How To Stay Safe. (3) Hou, C-Y and Schmitz, A. Business Insider (2020). This animation shows how far your sneeze can actually travel. (4) Malay Mail. 2019 novel coronavirus: A chronology.