Jom Kenali Ubatan Semulajadi Untuk Merawat Ketidakselesaan Perut Termasuk Gastrik!

“Aduhai, sakitnya perut doktor, macam gastrik je sebab perut kosong berpuasa!” “

Bila period je mesti ‘cramp’ perut senggugut, kalau boleh tak mahu makan ubat-ubat lagi dah!” “

Cirit-birit la pulak, salah makan ke ni…”

Anda pernah mengalami mana-mana situasi di atas? Ye, semua orang pasti pernah mengalami situasi tersebut. Ada juga yang kerap mengalaminya sehinggakan sudah lali dengan penyakit-penyakit ini. Antaranya, sakit semasa haid atau senggugut yang kerap dialami oleh sesetengah perempuan. Memang terdapat ubatan di farmasi, akan tetapi, ada juga cara tradisional yang selamat digunakan.

Sebelum itu, mari kita ketahui lebih lanjut beberapa jenis sakit perut yang mempunyai pelbagai jenis, terbahagi kepada kawasan kanan, kiri dan tengah perut. Setiap kawasan menandakan maksud dan penyakit yang berbeza ye. Inilah sebabnya doktor selalu akan menanyakan beberapa soalan seperti sakit di area mana, bagaimana sakitnya, menyucuk ke, dan sebagainya.

Jom semak!

Foto Kredit: share.umc.com

Apakah cara tradisional atau semulajadi untuk merawat ketidakselesaan perut?

Antara cara tradisional yang boleh dilakukan semasa gastrik ialah menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di dapur kita seperti berikut:

1. Pisang

  • Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
  • Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik.
  • Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali.

2. Susu sejuk

  • Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
  • Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
  • Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3. Bunga cengkih

  • Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
  • Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.
  • Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4. Halia

  • Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut.
  • Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
  • Sesuai juga untuk melegakan senggugut.

5. Daun kunyit

  • Daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit.
  • Caranya, tumbuk dengan lumat dan campurkan bersama segelas susu. Amalkan setiap hari hingga hilang sakit gastrik mahupun senggugut.

6. Daun Jambu Batu

  • Jangan ingatkan jambu batu hanya boleh dimakan buahnya saja. Daunnya juga mempunyai khasiat dan berfungsi sebagai penawar pelbagai penyakit.
  • Rebus daun jambu batu hingga mendidih. Tapis airnya dan minum.

7. Kayu Manis

  • Kayu manis bukan sahaja boleh digunakan sebagai rempah dalam masakan seperti sup, kurma, dan kari, akan tetapi boleh juga digunakan sebagai penawar gastrik dan juga senggugut.
  • Rebus kayu manis hingga didih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Cara lain, masukkan ½ sudu serbuk kayu manis dan madu dalam segelas susu suam dan minum.

8. Bawang Putih

  • Bawang putih merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi. Ia mengandungi allicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang paling utama berfungsi sebagai zat anti bakteria.
  • Panggang dua ulas bawang putih, buang kulitnya dan makan.
  • Jika tidak mampu makan begitu, rebus bawang putih bersama lada hitam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum dua kali sehari untuk hilangkan sakit gastrik.

9. Sapukan balm T-Rub

Ramai yang telah cuba cara ini dan ianya berkesan! Bukan sahaja boleh digunakan untuk mengubati gastrik, malahan segala ketidakselesaan perut yang lain termasuklah senggugut, senak perut, kembung perut, cirit-birit, sembelit dan sebagainya. Tambahan pula, ianya boleh digunakan oleh semua peringkat umur dari bayi baru lahir hingga dewasa. Ia dirumus khas menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja dan selamat digunakan.

Sumber rujukan: (1) Ismail, I. Sirap Limau (2016). 5 Jenis Sakit Perut Yang Biasa Dialami Dan Cara Cepat Mengatasinya. (2) Ismail, I. Sirap Limau (2016). Sakit Gastrik? Amalkan 7 Bahan Semulajadi Ini. (3) Hassan, N. Sirap Limau (2016). Hilangkan Senggugut Dengan 8 Tips Berkesan. Ramai Belum Cuba #6!

Leave a Comment