Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Doa & Amalan Yang Digalakkan

Alhamdulillah, apabila tibanya Malam Nisfu Syaaban bermaksud Ramadhan semakin menghampiri kita semua umat Islam. Bulan yang amat dinantikan setiap tahun. Doanya, semoga kita semua sempat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan nanti.

Malam Nisfu Syaaban.

Ramai yang telah mengetahui kebaikan dan keistimewaan malam ini yang disebut sebagai Malam Nisfu Syaaban. Banyak amalan yang boleh dilakukan untuk mengaut ganjaran pahala. Apakah maksud Nisfu Syaaban? Nisfu adalan bermaksud separuh (Nisf). Oleh itu Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaaban, iaitu pada malam ke-15, dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Apakah keistimewaan Malam Nisfu Syaaban?

Terdapat banyak kelebihan malam ini, di antaranya ialah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa. Oleh sebab itulah, ramai yang memanfaatkan malam ini dan menghiasinya dengan memohon keampunan, melaksanakan pelbagai ibadah, zikir dan juga membaca Al-Quran.

Antara nama lain Malam Nisfu Syaaban ialah:

  • Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
  • Lailatul Baraah (malam pelepasan),
  • Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
  • Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
  • Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
  • Lailatul Syafaah (malam syafaat)
  • Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
  • Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. 

Apakah amalan yang boleh dilakukan pada Malam Nisfu Syaaban?

Solat Sunat Nisfu Syaaban.

Ia boleh didirikan selepas mengerjakan Solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban:

1.Lafaz niat:

Niat Solat Sunat Nisfu Syaban

Usolli Sunnata Lailati Nisfi Sya’bana Rak’ataini Lillahi Taala 

Niat dalam Melayu:

Sahaja aku solat sunat malam nisfu Syaban dua rakaat kerana Allah Taala

2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun.

3. Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca Surah al-Ikhlas.

4.  Teruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin 3 kali.

Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali

Selepas selesai melakukan solat sunat, bacalah surah Yasin tiga kali.

Disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur, ms. 38, antara amalan para solehin pada malam ini, selepas solat fardhu Maghrib dan Sunat Ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali. Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas Solat Isyak.

Bacalah Yasin dengan niat supaya:

  • Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
  • Menambah rezeki
  • Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah

Doa Nisfu Syaaban

Selepas selesai membaca Yasin, bacalah Doa Nisfu Syaban. Antara doa malam Nisfu Syaban yang ma’thur boleh dibaca adalah seperti berikut: 

doa nisfu sya'ban

doa nisfu sya'ban

doa nisfu sya'ban

doa nisfu sya'ban

doa malam nisfu sya'ban

doa nisfu sya'ban

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan sekalian keluarganya serta sahabat baginda.

Ya Allah pemilik (semuanya) baik anugerah dan yang tidak dianugerahi, wahai yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai yang memiliki kurnia dan kenikmatan, tiada Tuhan kecuali Engkau.

Engkaulah tempat berlindung,tempat memohon pertolongan dan pengaman bagi orang yang ketakutan.

Ya Allah, jika Engkau telah menulis di dalam Ummul Kitab nasib kami sebagai orang yang sengsara, atau yang diharamkan mendapatkan kenikmatan, atau yang ditolak, atau yang disempitkan rezekinya, maka demi kemuliaan-Mu ya Allah, hapuskanlah kesengsaraan kami, keterhalangan kami dari nikmat, ketertolakan dan kesempitan rezeki kami.

Dan tetapkanlah di dalam Ummul Kitab yang ada di sisi-Mu, kami sebagai orang yang bahagia, mendapat rezeki, mendapat taufik untuk melakukan kebaikan.

Sesungguhnya Engkau telah berfirman dengan firmanMu yang hak di dalam kitab-Mu yang diturunkan kepada Nabi utusanMu, “Allah (berkuasa untuk) menghapus dan menetap yang dikehendakiNya dan di sisiNya Ummul Kitab.”

Ya Allah, dengan tajalli-Mu yang Maha Agung pada malam nisfu syaban yang mulia ini, yang di dalamnya dipisahkan dan dikukuhkan seluruh persoalan penting, kami mohon agar dihindarkan dari malapetaka yang kami ketahui ataupun yang tidak kami ketahui dan Engkau Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkau Maha Pemurah dan Maha Mulia.

Semoga salam dan sejahtera dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

Segala puji bagiMu ya Allah, Tuhan pemelihara Alam.

Wallahualam.

Leave a Comment