MY LIFE BEFORE MY SONSHINE : EPISODE 8

So, kenapa CikTa kata itu adalah pengalaman pertama HSG? Sebaaaabbb, ada lagi pengalaman kedua dan ketiga. Ke ada yang keempat? Hmmm dah tak ingat. Yang pasti, memang banyak kali. So, korang bayangkanlah. Pengalaman pertama tu, macam mana step by step tu, tools besi tu, mengiring ke kiri ke kanan tu, sakit tu diulang-ulang-ulang. Uuuuuuiiiiii seram sejuk! Hahaha
.
Well, apa nak buat. Yang ada rahim dan mengandung tu kan perempuan, so, perempuan lah juga yang banyak test itu ini. Takkanlah lelaki pulak kan. Redha dan tahan jelah semua sakit. Pilihan ada dua, nak tahan sakit tohmahan orang atau nak tahan sakit dengan prosedur untuk cuba dapatkan zuriat? Haaa pilih pilih pilih.
.
Selepas prosedur tu, oleh sebab doktor ada bagi ubat tahan sakit, telan jelah kan. Mujur dah ambil cuti. Kalau tak, memanglah kena ambil Medical Leave. Bukan boleh kerja masa sakit tu kan. So, kalau korang dalam plan untuk check kesuburan and doktor arahkan buat HSG test ni, ambil cuti ya. Rehat je lepas jalani prosedur.
.
Kemudian, apa lagi kena buat? Kena tunggu pulak turn appointment lagi dengan doktor di hari lain. Masa jumpa doktor tu, katanya based on x-ray, ujian darah, Alhamdulillah, takde pape masalah atau blockage. Lagipun, masa flush cecair tu, kalau ada blockage pun patut dah clear. Cuma, belum ada rezeki lah tu.
.
So, what’s next? Doktor advise untuk buat prosedur IUI. Apa pulak tu? Maksud IUI ialah Intrauterine Insemination. IUI adalah salah satu prosedur rawatan untuk infertiliti yang melibatkan sperma dimasukkan ke dalam rahim dengan menggunakan tiub plastik. Ini adalah untuk memastikan sebanyak mungkin sperma yang aktif dapat sampai ke dalam saluran peranakan untuk mempersenyawakan telur (ovum). Faham faham?
.
Lagi beberapa perkara yang korang kena faham pasal IUI. Peratus kejayaan kehamilan dengan IUI adalah 10-15%. IUI boleh dilakukan sebanyak 3-6 kali sahaja ye. Harga untuk IUI berbeza dari satu klinik ke klinik lain. Sekiranya setelah 6 kali IUI dilakukan dan masih tidak mengandung, pesakit selalunya akan disyorkan untuk menjalani rawatan IVF. IVF tu apa? Alahai, nanti lah CikTa citer pulak.
.
Ada risiko pape ke kalau buat prosedur IUI ni? Mestilah ada. Risiko membuat IUI ini termasuklah kandungan kembar dan kandungan luar rahim. Doa je banyak-banyak moga berjaya dan kandungan sihat walafiat. Kalau dapat kembar, memang best berganda-ganda. Itulah apa yang CikTa rasa masa dapat tahu pregnant tu. Eh? Ooopssss! Hahaha. Next time CikTa cerita pulak pasal ni OK.
.
Sebelum boleh buat prosedur ni, ada beberapa benda kena diambil kira dulu. Doktor akan tanya rekod period. Bila last period. So, please make sure, korang sentiasa rekod period korang ye. Nanti senang. Kalau tak, lagi lambatlah nak buat prosedur ni. Sebab , sebelum dorang nak buat ni kena tengok cycle, and hari ke berapa kena kol untuk fix appointment dan sebagainya.
.
Kalau korang terlepas cycle pada masa tu, so kenalah postpone next month pula sebab nak tunggu hari first period untuk kol dorang for appointment. Apa yang kena buat bila datang masa first period ni? Actually, doktor akan scan dari bawah, and tengok keadaan berapa banyak telur yang ada belah kiri dan kanan. Kalau semua segar bugar, baru dorang akan fix kan tarikh untuk prosedur IUI.
.
Masa ni, doktor bagi CikTa Clomid, ubat rangsangan telur supaya lebih membesar. Take note, bila makan ubat ni, perut akan tasa sakit sangat maybe sebab telur nak membesar sebesar besarnya huahuahua. So jangan pelik bin hairan pula nanti ya. Bila dah sampai next cycle tu, kena datang skali lagi untuk check samada telur cukup besar ke tak untuk buat prosedur IUI.
.
Masa hari kejadian bersejarah untuk jalani prosedur IUI tu kan
.
.
.
.
.
Bersambung

#anitapedia #apediaciktalifestory

Leave a Comment