Penkek Kampung? Jom Cuba Resepi Mini Jewer-Jewer Stail Johor.

Jewer-jewer mini yang kelihatan seperti lempeng atau penkek ini adalah resepi turun-temurun daripada belah mak di Johor. Boleh cuba untuk dijadikan menu sarapan mahupun minum petang. Makan panas-panas bersama air milo, fuhhh, memang sedap.

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula (bergantung kalau suka manis
boleh tambahkan)
1 sudu teh mauripan
1 sudu planta
Sedikit garam
1 cawan air suam

Cara membuatnya:
1. Campurkan tepung gandum, gula, planta dan garam 
di dalam bekas adunan. Gaulkan menggunakan tangan 
sehingga sebati.
2. Campurkan air suam dan mauripan dan kacau hingga sebati.
3. Tuangkan campuran air dan mauripan tadi ke dalam adunan
tepung sedikit demi sedikit.
4. Adunkan dan tumbuk-tumbuk menggunakan tangan
sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Tutup dan perap sementara menyediakan tempat menggiling 
dan menggoreng.
6. Ambil sedikit doh tadi, lenyek sehingga nipis dan boleh buat 
bentuk yang disukai, ataupun terap sahaja menggunakan gelas.
7. Goreng dan hidangkan.

Psst, semasa menggoreng, tidak perlu terlalu lama kerana jewer-jewer
akan menggelembung. Balik-balikkan sehingga kuning keemasan.
Gunakan api sederhana.

Selamat mencuba!!!

Leave a Comment