Resepi Kek Coklat Moist Kukus Sukatan Cawan

Sedapnya kalau dapat makan Kek Coklat Moist petang-petang hari, terutamanya semasa hari hujan. Boleh cuba resepi di bawah ni untuk hidangan sekeluarga ya. Kalau nak buat sebagai kek Sambutan Hari Jadi ke, Anniversary ke, pun boleh. Senang dan mudah sahaja cara membuatnya.

Bahan-bahan Kek Coklat Moist:
3/4 cawan gula
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan air panas
Marjerin (untuk loyang)

Bahan-bahan Topping Coklat:
250 gram coklat masakan
1 sudu besar mentega
3/4 cawan krim putar tenusu@susu cair

Cara-cara membuat kek:
1. Masukkan gula dan telur ke dalam bekas. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan garam, soda bikarbonat, esen vanilla, minyak, dan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk koko (melalui penapis), ayakkan ke dalam mangkuk yang berisi adunan tadi. Gaulkan hingga sebati.
4. Setelah adunan sebati, masukkan air panas dan gaul lagi sehingga sebati.
5. Oleskan loyang kek dengan marjerin dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
6. Kukus selama 40 minit.
7. Setelah siap dikukus, tunggu sehingga sejuk dan boleh lah dipotong dan hidangkan bersama topping coklat di atasnya.

Cara-cara membuat topping coklat:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan masakkan secara double boil. Kacau sehingga coklat cair. Boleh tambah krim putar sedikit demi sedikit jika mahu topping yang lebih cair.

Selamat mencuba!!!

Leave a Comment