Sembelit Ketika Hamil. Inilah Beberapa Cara Mudah Merawatnya!

Menurut Dr. Norintan Zainal Shah daripada Hospital Columbia Asia, ketika seseorang wanita hamil, hormon kehamilan akan menyebabkan otot-otot dan sendi wanita tersebut menjadi ‘lembut’ dan perubahan ini termasuklah otot di bahagian dubur. Peningatan hormon kehamilan ini menyebabkan sistem saraf pembuangan bakal ibu akan menjadi lemah. Ini termasuklah kelemahan yang berlaku pada otot-otot saluran pencernaan.

Ya benar. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit kerana peningkatan hormon kehamilan ini berlaku. Ia seolah-olah punca yang menyebabkan kesukaran bagi wanita hamil untuk mengeluarkan najis. Semakin lama najis terkumpul di dalam usus, maka makin sukar untuk membuang air besar.

Semasa saya mengandungkan Aariz tiga tahun lepas, kerap juga mengalami sembelit sehinggakan seriau pula bila perut memulas hendak membuang air besar. Aduhai, seksanya duduk berjam-jam di dalam tandas sampaikan kebas kaki. Pada masa tu, memang selalu ingatkan diri sendiri supaya kerap amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang supaya dapat mengelakkan masalah sembelit berulang.

Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, tubuh wanita hamil mengandungi hormon progesteron yang banyak, yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Selain itu, rahim yang semakin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rectum. Ini adalah punca utama sembelit di kalangan wanita yang hamil.

Mari kita lihat dulu, apakah maksud sembelit yang selalu kita dengar. Bagi sesetengah orang yang tidak pernah mengalamiya, mereka memang tidak akan faham betapa sembelit adalah satu keadaan yang sangat menyakitkan, mengerikan, dan agak berbahaya terutamanya bagi wanita hamil. Ini kerana apabila sembelit, kita akan cenderung meneran dengan kuat sedangkan ia berbahaya jika dilakukan oleh wanita hamil sebelum tiba waktu melahirkan anak. Jadi, berhati-hati ya!

Apakah itu sembelit?

Sembelit ialah kesukaran buang air besar, jarang buang air besar, najis menjadi keras dan perasaan tidak lawas setelah buang air besar. Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada masalah sembelit. Malahan, sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Apakah tanda-tanda ibu hamil sedang sembelit? Jika anda perlu meneran keterlaluan bila membuang air besar, najis keras, anda merasa sakit perut tapi tidak boleh membuang dan juga buasir. Ini adalah tanda-tanda jelas bahawa anda sedang mengalami episod sembelit ketika hamil.

Rawatan terbaik untuk sembelit

Bagaimananakah cara terbaik untuk mengatasi masalah sembelit? Terdapat pelbagai cara yang disyorkan. Akan tetapi, yang penting adalah ibu hamil perlu mengubah gaya hidup (cara pemakanan dan gaya hidup). Berikut beberapa solusi yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan masalah sembelit. Ibu-ibu boleh cuba ya!

1. Makanan Tinggi Serat

Ambil makanan mengandungi serat yang tinggi seperti bran (sekam bijirin) dan bijiran penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin dan sebagainya sangat bagus sebagai sumber serat. Makanan-makanan ini boleh membantu melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan.

2. Air Dan Cecair Yang Mencukupi

Pastikan ibu hamil kerap minum air supaya tidak dehidrasi. Ini semestinya boleh membantu mengurangkan masalah sembelit. Jika kandungan cecair dalam badan mencukupi, masalah sembelit dapat dielakkan.

3. Lebih Susu

Selain daripada memastikan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi, susu juga mampu mengatasi masalah sembelit dan buasir.

4. Aktiviti Fizikal

Bersenam selalu untuk meningkatkan pergerakan seterusnya menggalakkan pembuangan air besar dan menguatkan otot perut. Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

5. Ubatan Semulajadi

Terdapat juga ubatan semulajadi yang boleh dijadikan sebagai ‘kawan baik’ ibu hamil. Ia merupakan solusi yang gemar digunakan oleh ibu hamil, bayi, kanak-kanak, mahupun warga emas bagi menyelesaikan masalah sembelit kerana mudah didapati dan mudah dibawa. Ia diperbuat dalam bentuk krim balm semulajadi dan dirumus khas dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Anda boleh cuba juga sebagai alternatif yang selamat semasa hamil.

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda. Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.

Sumber rujukan: (1) Dr. Ruziatun binti Hasim, Portal MyHealth (2012). Sembelit. (2) MyMetro (2017). Kenal Pasti Punda Sembelit. (3) www.docdoc.com. Apa itu Sembelit: Gejala, Penyebab, Diagnosis, dan Cara Mengobati. (4) SRM. Majalah Pama (2018). Sembelit Teruk Ketika Hamil, Ada Caranya Mudahkan Pembuangan!. (5) Baby Center (2012). Sembelit.

Leave a Comment