Minyak Telon.
Golongan ibu-ibu pasti mengenali apakah kegunaan minyak telon. Ada pelbagai jenis minyak telon di dalam pasaran dan sangat mudah didapati. Fungsinya adalah sama, cuma bahan-bahan yang digunakan untuk mengadunkan minyak telon tersebut sahaja yang berbeza mengikut jenis dan jenama. Terpulang kepada ibu-ibu untuk memilih jenama kegemaran untuk si kecil tersayang.
Minyak Telon produk terbaru Tasneem Naturel
Pada 4 Februari 2020, Tasneem Naturel akan mengeluarkan minyak telon yang diadunkan secara istimewa menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja. Oleh kerana bahan-bahannya yang semulajadi, ianya amat sesuai untuk digunakan ke atas kulit bayi yang amat sensitif kerana baru sahaja menyesuaikan diri di alam luar rahim. Minyak telon ini diberi nama STOMMY OIL sempena gabungan 2 (DUA) kegunaan utamanya iaitu, STOM (stomach) MY (tummy).
Tujuan Tasneem Naturel menghasilkan Stommy Oil adalah kerana kebanyakan minyak telon di pasaran mengandungi bahan kimia yang membuatkan kulit terasa panas apabila disapukan dengan minyak telon tersebut. Oleh sebab itu, bayi selalu menangis kerana kulit terasa panas selepas disapukan dengan minyak telon tersebut.
Pernahkah anda semua cuba sapukan minyak telon yang anda beli di pasaran ke atas kulit anda sendiri? Ya, jika kulit anda pun terasa panas dan tidak selesa selepas disapu dengan minyak telon tersebut, maka apatah lagi bayi anda yang kecil itu.
Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalam STOMMY OIL?
Bahan-bahan yang diadunkan supaya menghasilkan Stommy Oil adalah seperti berikut:
- Olive Oil
- Sweet Almond Oil
- Lemongrass Oil
- Kaffir Lime Oil
- Ginger Oil
- Blue Gum Leaf Oil
- Peppermint Oil
Semua bahan-bahan di atas adalah bahan semulajadi dan kebanyakkannya kita juga gunakan sebagai bahan dalam menyediakan juadah seharian. Maka, sememangnya tidak boleh disangkal lagi Stommy Oil boleh digunakan dengan selamat, terutamanya kepada bayi yang kecil. Khasiat dalam Stommy Oil juga adalah untuk pelbagai kegunaan dan bukan sahaja terhad untuk memberikan keselesaan kepada perut termasuklah untuk mengatasi masalah penghadaman seperti kembung perut, sembelit dan senak perut.
Apakah kegunaan lain STOMMY OIL selain memberikan keselesaan kepada perut?
Mari kita bincangkan setiap bahan semasa penghasilan minyak telon ini. Oleh kerana setiap satu dirumus khas untuk menghasilkan Stommy Oil, maka khasiatnya pun turut boleh dirasai semasa menggunakannya.
1. Olive Oil
Olive Oil bukan sahaja boleh digunakan semasa memasak malahan ia telah diadunkan sebagai bahan utama penghasilan Stommy Oil. Apakah fungsi yang terdapat di dalam olive oil? Hanya 3 (TIGA) yang akan disenaraikan di sini, iaitu:
- dapat menenangkan dan memperbaiki kualiti tidur.
- membuat kulit bayi halus, berkilau dan sihat.
- olive oil memiliki kekuatan regeneratif di atas jaringan kulit dan membantu menjaga kulit.
2. Sweet Almond Oil
Ia mempunyai fungsi sebagai agen pelembap kulit dan melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya. Selain itu, terdapat kebaikan lain minyak ini iaitu:
- memperbaiki kesihatan rambut.
- pembersihan kulit yang mendalam.
- untuk melegakan ekzema dan psoriasis.
- untuk merawat ruam kulit.
- dan macam-macam lagi….
3. Lemongrass Oil
Minyak ini pula memang diketahui mengandungi banyak khasiat. Ia selalu digunakan dalam masakan. Antara kebaikannya ialah:
- meredakan sakit kepala.
- mengurangi sakit perut.
- meredakan perut dan nyeri otot.
- membunuh kuman.
- mengurangi demam.
- meningkatkan energi.
- meringankan kekejangansaluran pencernaan.
- mempunyai ciri-ciri antikulat bagi melancarkan pembuang air kecil, membaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan.
4. Ginger Oil
Minyak ini pula biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan pemanasan bagi membantu percernaan, merangsang aliran darah,membantu melegakan sakit perut dan kembung perut. Selain itu:
- melembutkan perut.
- membantu penghadaman makanan.
- mengeluarkan angin dalam badan.
- merawat kesan gatal gigitan serangga.
- melegakan demam.
- merawat resdung.
5. Peppermint Oil
Minyak ini pula memang terkenal dengan fungsinya sebagai agen untuk mengurangkan sakit kepala dan merawat kegatalan kulit. Selain itu, manfaat lain adalah:
- baik untuk pernafasan.
- meningkatkan sistem imun.
- anti-radang.
- melegakan loya.
- mengurangkan stress.
- meningkatkan kewaspadaan dan tumpuan.
6. Kaffir Lime Peel Oil
Apakah kebaikan minyak ini? 3 (TIGA) fungsi seperti di bawah:
- bersifat anti-radang, tetapi juga merangsang sistem pencernaan.
- mengurangkan keradangan.
- mengurangkan stress.
- menguatkan sistem imun.
- kaya dengan sifat penghalau serangga.
- memberikan kelegaan daripada kebimbangan dan stress
- dan lain-lain…
7. Blue Gum Leaf Oil
Berikut adalah manfaat minyak ini:
- mengurangkan sakit sendi.
- menenangkan fikiran serta tubuh menjadikan tubuh lebih ringan.
- kaya dengan sumber Vitamin E.
- menghaluskan kulit dan berkesan menghilangkan parut.