Tasneem Balm T-Rub Rawat Pelbagai Masalah Ketidakselesaan Perut!

Baguslah balm Tasneem ni. Sangat membantu dalam merawat masalah kembung perut bayi, malahan bapa bayi turut menggunakannya dan mendapat manfaat yang sama!

Ya, memang benar! Ramai telah menggunakan balm T-Rub keluaran Tasneem Naturel ini untuk membantu merawat pelbagai masalah berkaitan dengan ketidakselesaan perut. Seperti yang semua sedia maklum, bukan sahaja bayi malahan orang dewasa selalu menghadapi pelbagai masalah berkaitan perut seperti sembelit, kembung perut, masuk angin atau gastrik, cirit-birit, sebu perut, pedih ulu hati dan banyak lagi.

Alhamdulillah, terdapat banyak maklum balas positif dari pengguna balm ini yang telah mendapat manfaatnya! Berikut dikongsikan beberapa testimoni benar dari pengguna balm T-Rub.

Kembung Perut Dah Hilang!

Kebiasaannya bayi memang kerap kembung perut di bulan-bulan pertama kelahiran. Ini kerana bayi masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di luar rahim. Tambahan pula, jika bayi menyusu badan, faktor pemakanan si ibu juga akan mempengaruhi keadaan bayi. Seperti testimoni pengguna balm ini, bayinya sudah tidak lagi mengalami kembung perut, malahan senang untuk membuang angin dan berak!

Perut Suami Kerap Masuk Angin Dan Kembung Perut Sebelum Menggunakan Balm T-Rub

Anda salah seorang yang mudah kembung perut dan kerap sendawa kerana banyak angin dalam badan? Ya, balm T-Rub boleh membantu masalah anda! Berdasarkan testimoni pengguna balm ini, ia menunjukkan bahawa orang dewasa juga kerap mengalami masalah ketidakselesaan perut sehingga perlu memakai stokin semasa tidur untuk mengelakkan kembung perut. Jika anda kerap sendawa, ia merupakan tanda-tanda bahawa terdapat banyak angin di dalam badan anda. Balm T-Rub adalah penyelesaiannya!

Bayi Baru Lahir Penyakit Kuning Tinggi Cepat Turun Bacaannya!

Bayi baru lahir acapkali diserang penyakit kuning adalah masalah yang biasa kita dengar. Jika bacaan tinggi, klinik akan menetapkan jadual pemeriksaan setiap hari untuk memantau keadaan bayi kerana ia adalah sangat bahaya! Kasihan apabila melihat bayi menangis ketika jururawat mengambil sampel darah dari bayi. Alhamdulillah, dengan penggunaan kerap balm T-Rub, bacaan kuning bayi turun dengan cepat kerana pelawasan bayi lancar dan bayi pun kerap menyusu. Perlu diingat, balm ini membantu dalam menyelesakan perut bayi supaya lawas membuang ya!

Anak Sembelit 6 Hari Berjaya Berak Selepas Menggunakan Balm T-Rub!

Risaunya ibu bila bayi tidak berak apatah lagi selama 6 hari! Alhamdulillah, selepas mencuba balm T-Rub, bayi telah berjaya membuang angin dan berak dengan senang hati. Anak sihat, ibu lega!

Alhamdulillah, seronok apabila mendapat maklumbalas positif dari pengguna balm Tasneem Naturel. Balm ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi sahaja dan selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Anda boleh baca entri ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan balm T-Rub.

Untuk mendapatkan balm ini, anda boleh terus membuat pembelian di link ini, atau, jika anda perlukan nasihat lebih lanjut, hubungi saya di link wasap yang disediakan. Jika anda merasakan artikel ini boleh memberi manfaat kepada kenalan anda, dipersilakan share ya!

Leave a Comment